Search For More Fishing Tips
Google

Tuesday, January 09, 2007

Ukur joran - tangkapan lumayan



PERNAH anda mendengar pemancing dulu yang menggunakan joran buluh terlebih dulu menyukat ukuran panjangnya dengan menjengkal joran berkenaan dengan menggunakan ibu jari dan telunjuk tangan kanan?

Ukuran terbaik diguna pakai ialah pada ukuran bilangan jengkalan pada angka ganjil. Ini satu kepercayaan pada ketika itu. Malah ukuran itu juga turut dilakukan oleh sesetengah pemancing veteran yang beranggapan bahawa ukur ganjil itu boleh mendatangkan hasil tangkapan yang lumayan.

Adakah anda percaya dengan kepercayaan ini?

Jika itu dijadikan satu amalan yang membolehkan seseorang mendapat rezeki yang lumayan, mengapa hari ini rata-rata pemancing tidak menjengkal batang pancing sebelum membelinya?

Justeru, tentunya kepercayaan ini sudah tidak dapat dipakai atau diterima lagi pada zaman sekarang yang serba-serbi moden ini. Tetapi apapun yang diamalkan dulu tetap masih boleh diterima pakai sebagai petua. Contohnya, mendahulukan kaki kanan ketika melangkah keluar dari rumah, membaca Bismillah dan selawat, tidak melangkah batang pancing, mesra dengan anak-anak dan isteri sebelum pergi memancing serta tidak digalakkan membawa kaki pancing yang panas baran mahupun mulut celupar.

Perkara-perkara seperti ini harus difikirkan dengan teliti supaya tidak berlaku kekesalan jika berlaku sesuatu yang buruk yang membabitkan keseluruhan pemancing.

Tetapi hari ini, amalan itu sudah tidak diguna pakai lagi tambahan pula joran yang dibeli sudah lengkap dengan cincin di bahagian hujung. Ini sudah pasti sukar untuk dipotong untuk mendapatkan ukuran ganjil.

Apa pun, terpulang kepada anda sama ada hendak menggunakan joran buluh yang ukurannya dijengkal atau menggunakan joran sedia ada daripada pelbagai jenama terbaik lagi canggih.

Translate To English

Tip Pasang Umpan



SIMPULAN ini sesuai digunakan untuk mengikat umpan sama ada hirisan sotong ataupun keratan ikan dalam keadaan air yang berarus tidak kira di laut ataupun sungai.

1. Umpan yang dipotong dimasukkan menerusi mata kail namun kaedah ini ada keburukan sekiranya menggunakan umpan yang lembut kerana ia berkemungkinan akan dimakan ikan yang tidak dikehendaki ataupun bersaiz lebih kecil.

2. Bagaimanapun, umpan akan lebih selamat jika dimasukkan menerusi tali pancing terutama pada tahap air yang lebih dalam.

3. Kemudian lipat umpan dan sekali lagi masukkan mata kail menerusinya untuk memastikan keberkesanan mata kail.

4. Bahagian lebihan umpan mampu menjadi daya penarik apabila ia bergerak dibawa arus.

5. Sekali lagi masukkan mata kail menerusi bahagian terakhir untuk memastikan mata kail terkeluar dari umpan.

6. Ambil sepotong lagi umpan dan lipat kemudian masukkan menerusi mata kail.

7. Tolak bahagian umpan yang terlipat untuk memastikan mata terkeluar dan mengenakan mangsa dengan baik.

Translate To English:

Simpulan Duncan’s Loop


ADAKALANYA jenis tali pancing yang sama boleh mengelirukan terutama untuk membezakan manakala ia lebih merumitkan apabila membabitkan memancing layang.
Peter Hayes, mencadangkan simpulan Duncan’s Loop untuk memudahkan ikatan ketika memancing cara layangan.

1. Masukkan tali pancing utama pada lubang mata kail dan buat satu gegelung.

2. Ambil bahagian hujung tali pancing dan kemudian masukkan ke dalam gegelung dan lilit pada tali utama.

3. Ulang lilitan sehingga empat atau lima kali.

4. Matikan simpulan dengan mengambil bahagian hujung dan dimasukkan dalam gegelung.

5. Kemudian kemaskan ikatan mengikut saiz yang diperlukan.

Translate To English

Saturday, December 16, 2006

Paus di Pulau Gaya


Penduduk di sekitar Pulau Gaya di sini, gempar apabila seekor ikan paus yang masih hidup seberat lebih 20 tan ditemui tersadai di perairan Kampung Lok Urai di pulau tersebut awal pagi ini.

Ikan tersebut yang dianggarkan sepanjang 24 meter dan tiga meter lebar ditemui oleh sekumpulan pemancing kira-kira pukul 11 malam dalam keadaan terperangkap di kawasan air cetek di pulau itu.

Ikan itu dipercayai daripada jenis paus Bryde cedera di bahagian ekornya ketika cuba melepaskan diri dari laut cetek.

Tuesday, December 12, 2006

Mancing Rakit Pada Cuti Sekolah


31 ogos 2006-Mancing1112200625111122006245
11122006247hisyam & tasha & PariImage(05)
1112200624811122006246farid dan kerapu
11122006254Botak11122006253
111220062431112200625211122006244
kerapu dan parikerapu dan pari 2pari


Sempena cuti persekolahan Isnin (11/12/2006) kita mancing kat rakit lagi.Aku pergi dengan keluarga aku,Kak idah dan anak-anak serta Botak sekeluarga.Pada kali ini Rakit Salleh sudah bertukar tempat ke sebelah pulau.Ok juga tempatnya.Baru kali pertama memancing sudah dapat ikan Kerapu dan Pari.Tak sabar rasanya nak ke rakit lagi. http://www.flickr.com/photos/pancing/sets/72157594262692201/ nak lihat lebih banyak gambar memancing.
Fishing Information,fishing tips,fishing tools ,destination fishing vacation,seafood and altogether about fish.Maklumat Memancing,Tip-tip Memancing ,Alat-alat Memancing ,Destinasi Percutian Memancing ,Makanan Laut dan Keseluruhannya Tentang Pancing dan Ikan.

Popular Posts