Search For More Fishing Tips
Google

Tuesday, December 04, 2007

teknik memancing

Teknik memancing di semua perairan

Casting (teknik mengilat) adalah satu kaedah memancing dengan membuat lontaran umpan atau gewang ke sasaran kemudian mengarau kembali tanpa perlu menunggu umpan jatuh ke dasar atau diragut ikan.
Umpan yang digunakan untuk mengilat adalah seperti ikan, udang dan jenis serangga/haiwan. Umpan tiruan adalah replika gewang dan sesudu (spoon).
Ikan biasanya menerkam umpan atau gewang yang dilontar ketika proses mengarau. Teknik ini sesuai untuk aktiviti siang hari atau di kawasan terang. Jika mengilat sebelah malam, gunakan replika lut sinar.

Popping – Teknik ini lebih mirip seperti casting. Bezanya ialah penggunaan replika umpan tiruan yang berbeza. Teknik ini menggunakan ‘popper’ yang pelbagai bentuk dan jenis. Popper akan menghasilkan bunyi ‘poop’ ketika proses mengarau selepas lontaran.
Karauan untuk aktiviti popping lebih pantas berbanding casting supaya popper yang dikarau akan melanggar ombak/ permukaan air lalu mengeluarkan bunyi. Bunyi yang dihasilkan ini pula akan menarik perhatian ikan yang berkeliaran di kawasan berhampiran. Teknik ini boleh dilakukan siang atau malam.
Teknik ini banyak meniru pergerakan ikan terbang di permukaan air.

Jigging – Teknik ini mengilat secara mengujun (henjut) menggunakan umpan tiruan yang di panggil ‘jig’. Jig biasanya diperbuat daripada kepingan timah/objek berat kemudian dibentuk seperti ikan dan dicat dengan warna garang dan terang yang luminous atau lutsinar.
Teknik ini memerlukan ketekunan dan stamina tinggi kerana pemancing perlu beraksi sepanjang masa bagi mengunjun jig supaya ia menjadi efektif. Jig akan dihulurkan ke dasar kemudian dikarau kembali dengan kepantasan yang tinggi sambil mengujun joran berselang seli ketika proses karauan laju. Teknik yang menjadi kegilaan masa kini boleh dilakukan sama ada siang dan malam.

Bottom fishing – (pancing dasar) berkait rapat dengan teknik memancing menggunakan umpan dengan kaedah tradisional. Umpan perlu dilabuhkan ke dasar dengan sasaran tertumpu kepada spesies ikan dasar. Boleh dipraktikkan di kolam, sungai, tasik dan laut mengikut keadaan semasa. Sesuai dilakukan siang dan malam.

Drifting – (menghanyut) umpan terutama umpan hidup. Ia perlu dilepaskan ke sasaran tanpa menggunakan ladung. Pelampung dan belon sering digunakan. Ia sesuai di perairan yang berarus sederhana dan berangin. Boleh dilakukan siang dan malam.

Trolling – (menunda) umpan ikan, sotong mahupun gewang. Tundaan ini pada kelajuan perlahan antara 5 hingga 10 batu nautika sejam bergantung kepada jenis gewang yang digunakan. Perlu diketahui, ada gewang yang tidak boleh beraksi pada kelajuan tinggi dan sebaliknya. Lebih popular dilakukan siang hari.

6 comments:

joranmaster said...

bro... ada ker org troling selaju 5 hingga 10 knot.... pakai skirt mungkin lah boleh... tapi kalau pakai ikan basung ker ikan pelaling ker... timbul ikan dengan kelauan 5 knot... saje nak tau bro...mungkin bro ada teknik baru buat perambut utk trolling.

Anonymous said...

Joranmaster...Kelajuan tu bergantung kepada jenis gewang yang digunakan.Tentang Pembuatan perambut Mengikut keadaan pemancing sendiri dan tiada yang khusus.

letter said...

heloo bang,,ni saya nak tanya pasal ikan haruan ni,,dah lama saya nak pancing ikan tu.sebab dekat sini ada tasik.hari-hari saya pergi tasik tu,,tapi kecewa saja.soalan saya,,apakah cara terbaik untuk memancing sang haruan ni dan umpan yang terbaik?saya selalu guna kaedah casting,,sebab saya tengok orang lain semua guna kaedah tu.yang hairan nya,,mereka selalu dapat pula,,yang saya ni,,selalu kecewa saja la,,kalau boleh,,beri contoh umpan terbaik,,saya tak nak terus kecewa lagi la,,

letter said...

hello bang,,ni saya nak tanya..apa kaedah terbaik dan umpan terbaik untuk memerangkap ikan haruan di tasik?saya suka kaedah casting,,tapi tak tau pula umpan jenis apa nak di pakai,,banyak saya dah cuba,,namun,,hari-hari kecewa saja pulang tangan kosong.hanya mampu melihat orang lain dapat saja,,

Anonymous said...

Ikan apa yg bisa nyanyi?

iklan said...

thank's infonya kapan - kapan tak coba.

Fishing Information,fishing tips,fishing tools ,destination fishing vacation,seafood and altogether about fish.Maklumat Memancing,Tip-tip Memancing ,Alat-alat Memancing ,Destinasi Percutian Memancing ,Makanan Laut dan Keseluruhannya Tentang Pancing dan Ikan.

Popular Posts