Search For More Fishing Tips
Google

Tuesday, September 05, 2006

Resepi Isteri ku

Ikan Kitang Asam Pedas

Bercerita tentang memancing saja kadang-kadang boring juga,sekali-sekala kita bercerita tentang masakkan.Resepi yang hendak aku kongsi bersama kali ini bersangkut-paut dengan laut juga.Resepi ini disedia kan oleh isteri aku.Siapa yang tak kenal dengan isteri aku,ramai rakan-rakan yang memuji masakan nya sedap.Selain dari tu isteri aku ni memang pengusaha kedai makan .Pada sesiapa yang datang Ke Johor Bahru,bolehlah singgah di Terminal Larkin,tingkat 3 atas pasar untuk menikmati masakan isteri aku. Sri Intan nama kedai isteri aku.Bermacam-macam jualan seperti Nasi Ayam,Beraneka nasi,beraneka mee,Tomyam dan lain-lain lagi.Semperna Ramadan menjelma nanti masakan Ikan Bakar Special akan dijual.Dah top lah juga ,hingga negara jiran Singapore ramai yang datang untuk membelinya.
Resepi Pertama: Ikan Kitang Asam Pedas(Ikan Yang Aku Pancing Tu)
Bahan-bahan nya;
  • Ikan Kitang atau lain jenis ikan.
  • Lada Kering
  • Bawang Besar
  • Bawang Putih
  • Halia
  • Kunyit

Semua Bahan-bahan diatas dikisar, tak termasuk ikan.

Lain-lain bahan:

  • Asam Jawa
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Daun Kesum

Cara-caranya;

Tumiskan bahan-bahan yang dikisar hingga garing.Masukan air asam jawa.Tunggu sehingga mendidih,masukan ikan dan garam serta serbuk perasa.Apabila sudah masak masukan daun kesum.

Siap untuk dihidangkan -cuba-cubalah resepi ini.

Wati resepi 06"





0 comments:

Fishing Information,fishing tips,fishing tools ,destination fishing vacation,seafood and altogether about fish.Maklumat Memancing,Tip-tip Memancing ,Alat-alat Memancing ,Destinasi Percutian Memancing ,Makanan Laut dan Keseluruhannya Tentang Pancing dan Ikan.

Popular Posts