Saturday, September 23, 2006
52 Spesies Baru Di Laut Papua
BANGKOK: Saintis marin yang melakukan explorasi dasar laut di wilayah Papua, Indonesia, menemui beberapa spesies baru termasuk ikan jerung (epaulette shark) (gambar)yang boleh berjalan menggunakan sirip.
Anggota kumpulan Conservation International turut memberi amaran, kawasan berkenaan yang dikenali sebagai ‘Bird’s Head Seascape’ diancam bahaya berikutan tindakan nelayan menggunakan jalan pintas menggebom ikan menggesa Kerajaan Indonesia mengambil langkah segera melindungi hidupan laut itu.
“Ia adalah satu pemandangan laut paling menakjubkan pernah ditemui,” kata Mark Erdmann, penasihat kanan Pemuliharaan Antarabangsa yang mengetuai dua tinjauan ke kawasan itu awal tahun ini.
Mark dan kumpulannya berkata, mereka menemui 52 spesies baru termasuk 24 spesies ikan, 20 spesies hidupan karang dan lapan spesies udang baru serta sejenis ikan jerung yang boleh berjalan menggunakan sirip dan udang yang mirip mentadak mentadu.
Anggota pasukan itu berkata, kertas laporan mengenai dua spesies baru ikan yang mengeluarkan cahaya terang ketika mengawan sudah diterima untuk diterbitkan oleh ‘Journal of Ichthyology and Aquatic Biology’.Garden Wallas, seorang pakar hidupan laut dan saintis kanan di Muzium Tropika Queensland, berkata dia tidak terkejut dengan penemuan baru itu berikutan lokasi kawasan berkenaan adalah terpencil dan jarang dikunjungi saintis.
“Penemuan ini akan memberikan maklumat lebih terperinci dan kefahaman lebih mendalam terhadap pelbagai aspek hidupan laut dan kepentingannya kepada manusia,” katanya. Sementara itu, Erdmann berkata, penemuan itu meningkatkan lagi reputasi legenda kawasan seluas 180,000 kilometer persegi di barat perairan Indonesia.
Kawasan yang turut dikenali sebagai Segitiga Terumbu Karang Asia itu menjadi tempat lebih 1,200 spesies ikan dan lebih 600 hidupan terumbu karang, atau 75 peratus daripada keseluruhan terumbu karang yang pernah diketahui wujud.
Erdmann berkata, hanya 11 peratus kawasan yang diteroka itu berada dalam perlindungan, sebahagian besarnya dalam zon Taman Kebangsaan Teluk Cendarawasih. – AP-Joran
Labels:
Infro Pancing,
Infro Semasa,
Spesies Ikan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Fishing Information,fishing tips,fishing tools ,destination fishing vacation,seafood and altogether about fish.Maklumat Memancing,Tip-tip Memancing ,Alat-alat Memancing ,Destinasi Percutian Memancing ,Makanan Laut dan Keseluruhannya Tentang Pancing dan Ikan.
Popular Posts
-
Menjaga Alatan Pancing Cara terbaik menjaga peralatan pancing supaya tahan lama ialah 'mencuci' masa sewaktu balik dari aktiviti mem...
-
Most people choose color based on personal preferences, but for fishermen, color is a necessity. Each application requires a specific color ...
-
The search for the target audience is primarily the fish is first necessary to try the fish. Remember that the fish living in water, where t...
0 comments:
Post a Comment